passionately driven

100 Unit Pertama GWM Tank 300 Dihantar Kepada Pelanggan Selepas Sebulan Dilancarkan

Dalam hanya satu bulan sejak pelancarannya pada pertengahan Julai, Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah menyerahkan 100 unit GWM Tank 300 kepada pelanggan. Syarikat tersebut juga telah berkongsi pada awal bulan ini bahawa mereka telah menerima lebih dari 300 unit tempahan yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China.

Cui An Qi, Pengarah Urusan GWM Malaysia, meluahkan kegembiraan atas sambutan kuat daripada pelanggan di Malaysia, dengan mengatakan bahawa kejayaan ini telah meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap jenama mereka dan produk berkualiti tinggi yang ditawarkan.

Pelanggan ke-100, Profesor Dr. Steven Leow, berkongsi kekagumannya terhadap GWM Tank 300, yang pertama kali beliau rasai di China.

“Sebagai peminat kereta, Tank 300 cukup menarik perhatian saya dengan spesifikasi dan teknologi yang luar biasa,” katanya sewaktu acara penyerahan kenderaan ini.

“Saya tidak menyangka kenderaan off-road ini mempunyai tahap keselesaan seperti kereta sedan, dan ia memang di luar jangkaan saya. Bukan itu sahaja, teknologi pantas seperti ADAS penuh, pengecas tanpa wayar dan transparent chassis memang menepati keperluan gaya hidup model yang diperlukan.”

Sebagai tanda penghargaan, GWM menawarkan pakej hebat kepada 300 pemilik pertama GWM Tank 300 iaitu:

1. Penyelenggaraan percuma selama 5 tahun/100,000 km (termasuk kos buruh dan alat ganti)

2. Waranti seumur hidup untuk enjin dan transmisi tanpa had perbatuan

3. Kit pengembaraan GWM x Thule yang bernilai RM8,999 (baucar dan beg sandang)

4. Berpeluang menang sebuah percutian pengembaraan ke ChongQing dan ChengDu, China untuk 10 pemenang bertuah

5. Waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama 6 tahun

Pelanggan yang berminat untuk membuat tempahan, boleh layari laman web GWM Malaysia di sini.

Gallery

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD