Proton telah menyasarkan sebanyak 2,000 unit model X70 2025 terjual dalam masa sebulan berikutan dengan permintaan yang kukuh dari rakyat Malaysia untuk pasaran SUV.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Encik Roslan Abdullah berkata, Proto X70 sudah menjadi kegemaran ramai sejak dahulu lagi dan telah mencapai hampir 2,000 unit sebulan.
“Untuk Proton X70 2025, kami menyasarkan angka jualan dalam julat yang sama, lebih 1,000 dan sehingga 2,000 unit berdasarkan peningkatan dan harga kompetitif yang kami perkenalkan,” katanya.
Selain ke dalam pasaran Malaysia, Proton juga merancang untuk mengeksport model itu ke lebih 10 negara, tambah Roslan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr. Li Chunrong berkongsi dengan pelancaran Proton X70 2025 ini, menandakan kejayaan baharu di antara perkongsian Proton dan Geely.
“Dengan begitu banyak kejayaan dalam tempoh 18 bulan lepas, pelancaran Proton X90 dan X70, pengenalan kenderaan elektrik, pembukaan pusat penyelidikan dan pembangunan di China dan pelancaran e.MAS, Proton mencatat pelbagai kejayaan sejak pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton pada 2018,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?
binance says:
Can you be more specific about the content of your article? After reading it, I still have some doubts. Hope you can help me.