Dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sultan Ismail hari ini telah diberikan rawatan kecemasan oleh pasukan perubatan peribadi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menurut laporan Sinar Harian.
Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, seorang doktor pakar perubatan kecemasan bersama anggota paramedik serta juruteknik perubatan kecemasan sedang dalam perjalanan mengiringi Seri Paduka Baginda ketika kejadian berlaku.
“Sebaik melihat kemalangan itu, doktor bersama pasukan perubatan peribadi Seri Paduka Baginda segera memberikan rawatan kecemasan kepada kedua-dua lelaki terbabit.
“Seorang daripada mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan susulan menggunakan ambulans peribadi Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.
Turut dikongsikan adalah ambulans peribadi milik Sultan Ibrahim lengkap dengan pelbagai aspek klinikal, seperti mesin bantuan hayat, mesin bantuan pernafasan, alat defibrilator luaran automatik (AED), dan mesin bantuan pernafasan automatik.
Selain itu, ambulans tersebut turut dilengkapi peralatan untuk rawatan luka akibat kebakaran serta peralatan asas kecemasan akibat kemalangan jalan raya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?