Sebuah video klip berdurasi 59 saat tular di media sosial semalam yang memaparkan situasi ombak kuat telah membanjiri kawasan medan selera di Padang Kota, Pulau Pinang. Beberapa peniaga kelihatan bertempiaran melarikan diri setelah kawasan tersebut dinaiki air.
Sementara itu, beberapa kawasan di Pulau Pinang turut dilaporkan dilanda ombak yang kuat akibat dari angin kencang dan air pasang luar biasa semalam. Kawasan yang terlibat adalah Medan Renong di Padang Kota, Bagan Ajam di Butterworth dan Pantai Teluk Bayu di Bayan Lepas, menurut laporan Sinar Harian.
Walau bagaimanapun, Medan Renong dilaporkan antara kawasan yang terjejas teruk dan telah menyebabkan seluruh medan selera tersebut kotor dalam tempoh kurang daripada satu jam.
Kawasan tersebut kembali bersih seperti biasa selepas sesi pembersihan dijalankan oleh petugas Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pada jam 3.45 petang.
Selain itu, salah sebuah restoran di Pantai Bersih, Bagan Ajam turut dilaporkan mengalami kerosakan yang teruk pada lantai akibat dipukul ombak yang kuat. Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian tersebut.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow turut berkongsi hampir 200 pokok tumbang telah dilaporkan di seluruh Pulau Pinang sejak Ahad lalu susulan hujan lebat dan angin kencang yang melanda negeri tersebut. Beberapa rumah dan kenderaan juga dilaporkan rosak dalam insiden ini.
“Pulau Pinang turut mencatatkan taburan hujan sebanyak 110 milimeter (mm) semalam hingga menyebabkan banjir kilat di 71 lokasi di tanah besar iaitu 43 kawasan di Seberang Perai Tengah (SPT) dan 28 tempat di Seberang Perai Selatan (SPS),” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?