NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Lima Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang di Genting Highlands

Lima Kenderaan Rosak Dihempap Pokok Tumbang di Genting Highlands

Lima kenderaan telah dihempap oleh sebatang pokok yang telah tumbang dalam kejadian hujan lebat pada petang semalam. Lima kenderaan tersebut berada di kawasan parkir sebuah hotel di Genting Highlands ketika kejadian berlaku, menurut laporan Sinar Harian.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.23 petang dan telah menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Genting Highlands ke lokasi kejadian.

“Pokok tumbang menghempap tiga kenderaan dan dua van yang diparkir di belakang bangunan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Operasi pembersihan dimulakan dengan pasukan bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang menggunakan peralatan gergaji berantai.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy