NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Honda City Hatchback Facelift Kini Mempunyai Warna Pilihan Tambahan Phoenix Orange Pearl – Harga Kekal Sama

Honda City Hatchback Facelift Kini Mempunyai Warna Pilihan Tambahan Phoenix Orange Pearl – Harga Kekal Sama

Honda City Hatchback facelift yang telah dilancarkan pada Mei lalu kini menerima kemas kini terbaru. Model hatchback segmen-B ini kini mempunyai warna pilihan tambahan, Phoenix Orange Pearl, yang sebelum ini sudah tersedia di pasaran lain.

Warna-warna lain masih tersedia ada sebagai pilihan jika pelanggan merasakan warna oren adalah terlalu terang. Anda masih boleh memilih Ignite Red Metallic, Lunar Silver Metallic (untuk varian petrol sahaja), Meteoroid Grey, atau Platinum White Pearl (dengan tambahan harga RM300).

Harga juga masih kekal sama iaitu RM85,900 untuk 1.5 S, RM90,900 untuk 1.5 E, RM95,900 untuk 1.5 V, RM100,900 untuk 1.5 RS dan RM112,900 untuk varian hibrid e:HEV RS. Selain itu, semua varian kini menerima ciri keselamatan Honda Sensing sebagai standard.

Dari segi mekanikal, tiada perubahan. City Hatchback masih menggunakan enjin petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork, dipadankan dengan CVT manakala bagi varian hibrid e:HEV RS, ia menggunakan motor elektrik yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm tork.

Untuk spesifikasi penuh Honda City hatchback facelift, klik sini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy