Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang isteri di-prank oleh keluarganya sempena ulang tahun kelahirannya di media sosial. Pelbagai reaksi dan komen negatif, lebih-lebih lagi apabila keluarganya melakukan prank bahawa suaminya berlaku curang dalam video tersebut.
Tinjauan di ruangan komen mendapati seorang wanita, Siti Zainah Zainal, berkongsi akan pengalaman tragisnya berhubung dengan satu kejadian yang puncanya dari perbuatan prank, sehingga mengorbankan nyawa.
“Saya pernah handle kes kemalangan maut. Rupa-rupanya si isteri itu dalam perjalanan nak pulang ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa selepas dimaklumkan oleh rakan yang suaminya membawa perempuan lain balik ke rumah.
“Si isteri terus bergegas keluar dan mendapatkan motosikalnya. Sebaik keluar dari simpang kilang tempat bekerja, motosikal wanita itu terbabas dan mangsa dilanggar pula oleh kereta yang cuba mengelaknya.
“Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Suaminya pula di rumah, menunggu masa untuk menjayakan prank ulang tahun kelahiran isterinya.
“Majlis sambutan ulang tahun kelahiran bertukar menjadi tragedi berdarah. Sampai sekarang lelaki itu tidak berkahwin lain, fokus membesarkan tiga orang anaknya,” katanya.
Berpada-padalah dalam melakukan prank kerana ia boleh menyebebkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti kejadian yang dikongsikan di atas.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?