NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Sasaran TIV 2024 Naik 4.57%, 765,000 kepada 800,000 Unit – MAA

Sasaran TIV 2024 Naik 4.57%, 765,000 kepada 800,000 Unit – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menaikkan sasaran jualan kenderaan untuk tahun 2024 kepada 800,000 unit, meningkat sebanyak 4.57% atau 35,000 unit berbanding anggaran awal sebanyak 765,000 unit. Kenaikan ini datang dari promosi akhir tahun yang sedang rancak dikeluarkan daripada pengeluar kereta.

Presiden MAA, Mohd Shamsor Mohd Zain, yakin sasaran awal akan dicapai. Beliau menjelaskan bahawa sasaran terdahulu yang dibuat pada pertengahan tahun kurang mengambil kira tempahan tertunggak, terutamanya untuk model tertentu daripada pengeluar kereta nasional.

Menurut laporan Bernama, sasaran untuk tahun 2025 masih belum dibincangkan, dan pengumuman rasmi dijangka pada Januari 2025.

Sementara itu, Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 kembali lagi pada tahun ini bermula 5 hingga 11 Disember 2024 di Malaysia International Trade Exhibition Centre (MITEC). Untuk butiran penuh dan pembelian tiket, anda boleh klik di sini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy