Seorang lelaki berusia 23 tahun tergamak mengambil nyawa ibunya sendiri selepas permintaan untuk dibelikan motosikal dan segera dinikahkan tidak dipenuhi.
Kejadian tragis ini berlaku pada Sabtu lalu di Desa Sungai Sena, di mana suspek, dikenali sebagai AMN, bertindak kejam membunuh mangsa, ESK, 47, di rumah mereka.
Menurut laporan media tempatan, permintaan suspek tidak dapat dipenuhi kerana dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan sumber pendapatan.
Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Kapuas Hulu, AKP Dony, mengesahkan bahawa insiden tersebut bermula dengan pertengkaran antara suspek dan mangsa.
“Pertengkaran itu bertukar menjadi tragedi apabila suspek mengambil kapak dan menyerang ibunya sehingga meninggal dunia. Selepas itu, suspek membawa mayat mangsa ke sebuah rumah kosong berdekatan untuk menutup perbuatannya. Dia kemudian berpura-pura menemui mayat tersebut dan mendakwa ibunya dibunuh orang lain,” jelas Dony kepada media, Selasa lalu.
Hasil siasatan polis bagaimanapun membongkar perbuatan sebenar suspek. AMN kini ditahan bersama kapak yang digunakan sebagai bahan bukti. Jika disabitkan bersalah, dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun. Menurut sumber Sinar Harian.
Tragedi ini menjadi pengajaran penting tentang bagaimana konflik dalam keluarga boleh membawa kepada akibat yang mengerikan jika tidak dikawal dengan baik. Sayangi keluarga, dan jangan biarkan emosi menguasai diri!