NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Enam Pegawai Puspakom Digantung Tugas Susulan Terlibat Sindiket Rasuah

Enam Pegawai Puspakom Digantung Tugas Susulan Terlibat Sindiket Rasuah

Enam pegawai pemeriksa kenderaan Puspakom digantung tugas serta-merta setelah disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan secara haram.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kes ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku, terutamanya yang melibatkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.

“Puspakom tidak akan berkompromi terhadap jenayah rasuah. Sekiranya terbukti bersalah, tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang terlibat, termasuk mereka yang bersubahat dengan sindiket,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Mahmood menambah bahawa siasatan dalaman sedang dijalankan dan sesiapa yang terbukti terlibat akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Sumber Harian Metro.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan lapan individu ditahan, termasuk enam pegawai Puspakom. Enam pegawai tersebut telah dibebaskan dengan jaminan selepas memberi keterangan, sementara dua individu ‘runner’ direman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Hanani Nezam

Memiliki latar belakang pendidikan yang kukuh dalam bidang Komunikasi Massa dari UiTM, Hanani Nezam adalah seorang penulis automotif gaya hidup yang dinamik. Teras penulisan beliau memfokuskan kepada garapan berita industri permotoran yang segar, pantas, dan relevan untuk komuniti automotif generasi baharu.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy