Lane Hogging : Bakal Dikenakan Tindakan Saman dan Kompaun?

Lane Hogging : Bakal Dikenakan Tindakan Saman dan Kompaun?

Sikap segelintir pemandu yang memandu perlahan di lorong tengah atau lorong kanan yang sepatutnya digunakan oleh kenderaan yang ingin memotong atau memandu laju. Sikap ini dikenali sebagai Lane Hogging dan ia sering dilakukan oleh pengguna di jalan raya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tindakan tegas boleh dikenakan kerana sikap lane hogging adalah tidak bertanggungjawab.

“Jika pemandu ingin mengurangkan kelajuan, mereka hendaklah beralih ke lorong kiri untuk memberi laluan kepada pemandu lain agar perjalanan dapat diteruskan dengan lancar,” katanya.

Pemandu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan saman dan kompaun bermula RM300 sehingga RM2,000, lapor BuletinTV3.

Berdasarkan kajian dari Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sikap pemandu yang kurang kesedaran mengenai fungsi lorong di jalan raya serta sikap pemandu yang tidak berdisiplin merupakan punca sikap lane hogging ini terjadi.

Menurut Pegawai Penyelidik Kanan MIROS, Norfaizah Mohamad Khaidir, ramai pemandu beranggapan mereka berhak menggunakan lorong laju selagi mereka tidak memandu melebihi had laju.

“Jika ditanya, rakyat Malaysia tahu bahawa memandu melebihi had laju adalah salah, tetapi ramai tidak sedar bahawa memandu perlahan di lorong laju juga satu kesalahan,” katanya.

Oleh itu, adalah amat penting supaya semua pengguna jalan raya dapat mematuhi fungsi lorong untuk mengelakkan trafik sesak dan memastikan keselamatan di jalan raya terjamin.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD