Seorang penunggang motosikal maut hanya kerana motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah lubang jalan rosak di Jejambat Lido, Jalan Lintas, Sabah, semalam.
Menurut Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar jam 11 pagi dan selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu disahkan meninggal dunia.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner, Kasim Muda, kemalangan tersebut berpunca dari motosikal yang terbabas sendiri.
“Siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah City Mall menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan semasa melalui lorong tengah jalan, mangsa dipercayai terlanggar lubang pada permukaan jalan raya yang rosak.
“Akibat kejadian itu, motosikal tersebut terbabas kira-kira enam meter di hadapan dan menyebabkan mangsa terjatuh serta tidak sedarkan diri,” katanya.
Mangsa kemudian telah dibawa ke unit kecemasan HQEI untuk rawatan lanjut. Kemalangan masih lagi disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?