Prestasi jualan bulan Mac telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 13,918 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.
Sedikit menaik berbanding dengan jumlah jualan pada Februari iaitu sebanyak 11,232 unit. Namun, jualan keseluruhan bagi tiga bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 35,068 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 18.9%.
Proton Saga masih lagi mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Oktober mencapai 6,154 unit, meningkat sebanyak 22.5% dan melepasi paras 6,000 unit buat pertama kali untuk tahun ini.
Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 2,125 unit berjaya dijual pada Mac. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 4,465 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.
Proton X50 2024 juga menunjukkan jumlah jualan yang kukuh dengan jumlah jualannya sebanyak 1,858 unit pada Mac. Ini menjadikan X50 sebagai SUV segmen-B paling laris di Malaysia dan sudah mencecah sebanyak 5,117 unit.
Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,482 unit, Proton X70 sebanyak 835 unit, Proton Iriz sebanyak 337 unit dan Proton X90 sebanyak 302 unit pada Mac 2025.
Dalam segmen jualan kenderaan elektrik (EV), Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain. Sebanyak 797 unit (domestik dan eksport) Proton e.MAS7 terjual pada bulan Mac, meningkatkan jumlah kumulatif YTD suku pertama 2025 kepada 1,853 unit.
“Menjelang suku kedua tahun 2025, kami menjangkakan pelancaran berterusan beberapa model baru yang akan menawarkan pelbagai tawaran menarik. Namun, Proton tetap yakin bahawa rangkaian pengedar kami dan komitmen kepada pembeli kereta Malaysia akan memberikan pengalaman pemilikan jangka panjang yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?