Antara empat model kereta yang paling banyak dijumpai tersadai di tepi jalan atau di kawasan perumahan adalah Proton Saga, Proton Wira, Perodua Kancil dan KIA, menurut laporan Sinar Harian.
Menurut Pengarah syarikat RKV Resources yang membeli kenderaan scrap, K Umadevi, kesemua jenis kenderaan itu memerlukan kos yang tinggi untuk dibaiki dan telah mengalami kerosakan yang teruk.
“Pembelian akan dibuat berdasarkan beberapa penilaian, antaranya ketersediaan alat ganti dan jenama kereta. Purata keuntungan yang syarikat peroleh daripada setiap kereta buruk ialah sekitar RM150 hingga RM200. Ia bergantung kepada rundingan bersama penjual atau pemilik kereta,” katanya.
Antara cabaran yang perlu dihadapi adalah caj pengangkutan dan harga lebihan ketika sedang membuat rundingan, kata Umadevi.
“Ini memerlukan kesabaran yang tinggi kerana setiap pemilik atau penjual tidak sama. Masing-masing ada pendapat mereka sendiri,” katanya.
Tambah beliau, kereta yang akan dilupuskan akan menjalani beberapa proses iaitu bermula dengan meleraikannya.
“Kami akan meleraikan, mengasingkan mengikut kategori bahan serta memotongnya kepada beberapa bahagian. Sisa buangan yang tidak boleh digunakan akan dilupuskan dengan cara yang betul,” katanya.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?