NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Kerajaan Pertimbang Keadaan Ekonomi Semasa Sebelum Laksana Subsidi Bersasar RON95

Kerajaan Pertimbang Keadaan Ekonomi Semasa Sebelum Laksana Subsidi Bersasar RON95

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, berkata kerajaan akan mengambil kira keadaan ekonomi semasa sebelum membuat keputusan mengenai pelaksanaan subsidi bersasar bagi petrol RON95.

Beliau menjelaskan bahawa pelan ini masih memerlukan perbincangan terperinci di peringkat Jemaah Menteri, dan pandangan daripada kementerian berkaitan juga akan diambil kira.

Beliau memberitahu pihak media bahawa sebarang cadangan akan dibentangkan kepada Kabinet selepas menilai keadaan ekonomi, menurut laporan Bernama.

Kerajaan merancang untuk melaksanakan subsidi bersasar RON95 sekitar pertengahan tahun ini. Ketika ini, kerajaan sedang memuktamadkan sistem yang adil dan berkesan untuk memastikan subsidi ini mencapai matlamatnya.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kaedah pelaksanaan subsidi ini masih diperhalusi dan mungkin melibatkan sistem dua peringkat harga serta penggunaan MyKad.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan tidak akan membuat sebarang pengumuman awal mengenai pelaksanaan subsidi RON95 bersasar ini dan hanya akan mengumumkannya selepas separuh pertama tahun ini.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy