NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Warga Bangladesh Ditahan, Tawar Perkhidmatan Prebet Sapu Secara Haram

Warga Bangladesh Ditahan, Tawar Perkhidmatan Prebet Sapu Secara Haram

Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana menawarkan perkhidmatan kereta sewa secara haram dan cuba meraih simpati dengan memberi alasan hendak mencari wang lebih.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan, suspek yang berusia 20 tahun itu ditahan ketika sedang cuba menawarkan perkhidmatan yang dijalankan kepada 3 lagi lelaki warga Bangladesh.

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan cuba menawarkan khidmat untuk menghantar kesemua individu terbabit ke lokasi berasingan sekitar Lembah Klang.

“Pemandu terbabit mendakwa baru mencuba kegiatan itu selain memberi alasan datang ke KLIA untuk menghantar rakannya pulang ke Bangladesh,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Kenderaan jenis Perodua Bezza telah disita dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan sah, sama ada melalui kaunter perkhidmatan yang disediakan di Terminal 1 dan 2 KLIA atau membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

“JPJ sama sekali tidak berkompromi berkaitan aktiviti ulat ini, sesiapa yang ditahan akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang ditetapkan,” katanya.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy