passionately driven

Jualan Kenderaan Baharu pada Mei 2025 Meningkat 12.4 Peratus – MAA

Jualan Kenderaan Baharu pada Mei 2025 Meningkat 12.4 Peratus – MAA

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan bahawa sebanyak 68,007 unit kenderaan telah dijual pada bulan Mei 2025, meningkat berbanding 60,527 unit pada April 2025.

Berbanding dengan Mei 2024, jualan kenderaan pada Mei 2025 menunjukkan penurunan sebanyak 3% iaitu sebanyak 2,247 unit. Untuk bulan kelima ini, sebanyak 62,757 unit jualan direkodkan untuk kenderaan penumpang dan 5,250 unit untuk kenderaan komersial.

Bagi produksi kenderaan pula, sebanyak 65,970 unit telah dihasilkan di kilang pemasangan pada Mei 2025, 12% menurun berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas iaitu 74,609 unit. Untuk bulan kelima ini, sebanyak 62,291 unit kenderaan dihasilkan untuk kenderaan penumpang dan 3,679 unit untuk kenderaan komersial.

Setakat Mei 2025, jumlah jualan kenderaan telah mencapai 316,730 unit5% lebih rendah berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 333,309 unit penghantaran.

Berikutan dengan pelbagai promosi yang telah ditawarkan oleh pelbagai jenama dan tempoh hari bekerja yang lebih panjang bagi Mei, telah menyumbang kepada peningkatan jualan pada Mei, kata MAA. MAA menjangkakan jumlah jualan pada Jun akan menurun susulan dengan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD