NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Johor & Grab Berganding Bahu: Mudahkan Perjalanan Rentas Sempadan Sempena TMJ2026!

Johor & Grab Berganding Bahu: Mudahkan Perjalanan Rentas Sempadan Sempena TMJ2026!

Kerajaan negeri Johor kini sedang berbincang dengan syarikat e-hailing Grab untuk menambah baik Perjanjian Perjalanan Rentas Sempadan, supaya perjalanan antara Johor dan Singapura jadi lebih mudah dan lancar.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, isu ini adalah antara perkara utama yang dibincangkan dalam pertemuan baru-baru ini bersama pihak pengurusan tertinggi Grab. Perbincangan ini juga sebahagian daripada usaha besar negeri untuk meningkatkan sektor pelancongan dan pengangkutan menjelang Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ 2026).

Beliau turut memaklumkan, mereka berbincang tentang kerjasama rentas sempadan antara kementerian pengangkutan Malaysia dan Singapura, serta peranan Grab dan penyedia pengangkutan awam lain dalam memudahkan pergerakan antara dua negara ini.

Selain itu, Onn Hafiz juga berkongsi tentang rancangan untuk memperkenalkan satu platform fizikal dan digital yang mempromosikan lokasi-lokasi menarik di Johor. Platform ini akan membantu pelancong dapatkan maklumat dengan lebih mudah sama ada secara online atau offline, sekali gus mengukuhkan industri pelancongan negeri.

Tambah beliau lagi, inisiatif ini berpotensi menjana peluang pendapatan baharu untuk rakyat, merancakkan ekonomi setempat dan menjadikan Johor sebuah negeri yang moden, terbuka dan mesra kepada dunia. Insya-Allah.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy