Hyundai Motor Company kini secara rasmi menubuhkan Hyundai Motor Malaysia (HMY), iaitu entiti tempatan baru selepas jenama itu masuk ke dalam pasaran Malaysia. Ini adalah satu langkah besar, di mana Hyundai kini tidak lagi bergantung kepada pengedar (Sime Motors), sebaliknya ambil alih sepenuhnya operasi di sini.
Hyundai kini sedang mengembangkan pasukan dalam Malaysia, merancang rangkaian pengedar seluruh negara, dan akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk jadikan jenama ini lebih dekat di hati rakyat. Ibu pejabat HMY pula terletak di Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur.
Menurut Eric Lee, Presiden Hyundai Motor Malaysia, Hyundai bukan sekadar tentang mobiliti, tapi juga bagaimana jenama ini berhubung dengan orang ramai dan masa depan. Penubuhan HMY bukan sekadar bab baru, tapi satu janji jangka panjang untuk jadikan Malaysia hab utama Hyundai di ASEAN.
Dalam masa terdekat, HMY akan perkenalkan tiga model baru yang terdiri daripada SUV dan MPV. Hyundai juga akan memulakan pemasangan tempatan (CKD) di Kedah melalui kerjasama dengan Inokom Corporation.
Operasi dijangka bermula suku ketiga 2025, dan tujuh model dijangka akan dihasilkan dalam tempoh lima tahun. Ini termasuk kenderaan petrol dan hibrid. Sekitar 30% daripada kenderaan yang dipasang di Malaysia ini juga akan dieksport ke negara jiran.
Walaupun Hyundai kini ambil alih operasi sendiri, Sime Motors tetap akan jadi rakan kongsi penting sebagai sebahagian daripada rangkaian pengedarnya. Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, berkata mereka tetap komited menyokong jualan dan servis Hyundai untuk pastikan peralihan berjalan lancar dan pelanggan terus dapat perkhidmatan terbaik.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?