Sebanyak 101 kenderaan mewah, termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tempatan, telah disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam pelaksanaan Op Luxury yang bermula sejak 1 Jun lalu di seluruh negara.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata antara jenama lain yang turut disita termasuk Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Mercedes-Benz, BMW, Toyota Alphard, dan Lotus Elise S.
Kesemua kenderaan terlibat dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, antaranya tiada cukai jalan dan insurans sah, lesen memandu tamat tempoh, nombor pendaftaran palsu serta penggunaan ‘trade plate’ tidak sah.
“Pemilikan kereta mewah bukan alasan untuk mengabaikan undang-undang. Kita akan terus ambil tindakan tegas tanpa mengira status pemilik atau jenama kenderaan,” tegas beliau.
Semua kenderaan terbabit kini ditempatkan di depoh JPJ untuk tindakan lanjut. JPJ juga menyeru orang awam menyalurkan maklumat mengenai pelanggaran undang-undang trafik melalui aplikasi MyJPJ e-Aduan atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my.
Beliau turut memaklumkan bahawa JPJ sedang dalam proses mengaudit 500 syarikat pengendali perkhidmatan awam dan kenderaan perdagangan yang dianggap berisiko tinggi. Langkah itu susulan tragedi kemalangan yang mengorbankan 15 pelajar UPSI di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
SUMBER : AstroAwani
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?