KEMAMAN: Seorang lelaki berusia 34 tahun maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu merempuh penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Sungai Mak Ikar, berhampiran Bandar Kerteh, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Hafiz Razali yang berasal dari Kerteh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, mangsa yang bekerja sebagai buruh ladang dipercayai sedang dalam perjalanan dari Bandar Kerteh menuju ke kediamannya di Kampung Kemasik ketika insiden berlaku.
Menurutnya, sebaik tiba di jambatan berkenaan, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan lalu terbabas ke dalam sungai.
Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh.
Pasukan penyelamat mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membawa keluar mangsa dari kenderaan yang terjunam ke dalam sungai itu.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman bagi menjalani proses bedah siasat.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: RTM
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?