KUALA PILAH, 3 November – Seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 80-an terselamat daripada sebarang kecederaan selepas kereta dipandunya terkena beberapa tong gas yang terjatuh daripada sebuah treler di Jalan Kuala Pilah-Melang, berhampiran Kolej Jururawat, pagi tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 pagi itu mengakibatkan kenderaan jenis Nissan Almera dipandu mangsa mengalami kerosakan.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, siasatan awal mendapati kereta berkenaan sedang dalam perjalanan dari Kuala Pilah menuju ke Taman Desa Melang.
Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, beberapa tong gas dipercayai terjatuh daripada sebuah treler yang datang dari arah bertentangan sebelum terkena kereta mangsa.
Walaupun berdepan situasi mencemaskan itu, pemandu Nissan Almera berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemandu treler berusia 31 tahun turut tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.
Kes berkenaan kini disiasat mengikut Kaedah 94, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sumber: RTM
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?