NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Bekas Pengurus Pengangkutan Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Bekas Pengurus Pengangkutan Didakwa Terima Rasuah Lebih RM400,000

Seorang bekas ketua pengurusan pengangkutan syarikat cari gali minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 12 pertuduhan menerima rasuah melebihi RM400,000 antara 2021 hingga 2023.

Mohd Khairil Mohd Anuar, 41, didakwa menerima wang tunai RM367,000, barangan elektronik bernilai RM36,168 dan RM23,000 untuk pembaikan rumahnya di Hulu Langat daripada dua individu sebagai balasan memberi ulasan teknikal bagi kelulusan bayaran.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Hulu Langat, Ampang dan Kuala Lumpur. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Dia turut didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram RM90,000 bagi pembelian tanah di Hulu Perak pada 2020.

Mahkamah membenarkan jaminan RM70,000 dan menetapkan 18 Ogos sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy