NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Mekanik Maut Dihimpit Kereta Ketika Lakukan Penyelenggaraan

Mekanik Maut Dihimpit Kereta Ketika Lakukan Penyelenggaraan

Seorang lelaki berusia 22 tahun maut selepas dihempap sebuah kenderaan ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di sebuah bengkel di Miri, hari ini.

Menurut pihak bomba, mangsa dikenali sebagai Jacky Huang Nai Kuei ditemui tersepit di bawah sebuah Toyota Hilux di dalam bengkel berkenaan. Pasukan penyelamat kemudiannya menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Balai Polis Miri di talian 085-427093 atau menghubungi Insp Nixon Malang di nombor 016-8865949.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan atau memuat naik sebarang gambar kejadian di media sosial bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sumber: Astro Awani

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy