NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Dua Penunggang Basikal Maut Dalam Kemalangan

Dua Penunggang Basikal Maut Dalam Kemalangan

PUTRAJAYA: Dua penunggang basikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 9.0, Jalan Persiaran Selatan, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 10.15 malam, mengorbankan dua lelaki iaitu Mohd Hilmi Tahar, 48, dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta berkenaan cuba menukar lorong.

Menurut beliau, kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an itu dipercayai bergerak dari lorong tengah sebelum memasuki lorong kiri.

Bagaimanapun, ketika proses pertukaran lorong tersebut, kenderaan berkenaan melanggar kedua-dua penunggang basikal yang berada di laluan berkenaan.

“Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 40-an dan 30-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut meminta orang ramai atau mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan kepada Balai Polis Trafik Putrajaya di talian 03-8886 2138 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Sumber: Berita Harian

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy