NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Remaja 18 Tahun Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan

Remaja 18 Tahun Maut Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Jalan Canna, Kuching, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah hari itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kemalangan tersebut membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal, kereta dan lori.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa datang dari arah lampu isyarat Jalan Stutong Baru sebelum hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh sebelum dipercayai diheret oleh sebuah lori yang sedang bergerak lurus di lorong kanan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta dan lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat mangsa kemudiannya diuruskan mengikut prosedur ditetapkan sebelum tindakan lanjut oleh pihak berkuasa.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita RTM

Alym Asri

Sebagai Pengacara & Ketua Editorial NAZZ&CO™ Media, Alym Asri memiliki kepakaran meluas dalam pengendalian siaran langsung, interaksi audiens, dan promosi kandungan digital. Beliau merupakan nadi kreatif yang sentiasa memacu idea-idea inovatif untuk menghasilkan video berimpak tinggi dan terus relevan di pasaran.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy