Subsidi Bersasar RON95 Akan Diumum Hujung September – Hanya Yang Layak Dapat Harga RM1.99

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan bahawa pelan pelaksanaan subsidi bersasar untuk petrol RON95 akan diumumkan selewat-lewatnya hujung September 2025, sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen, MoF menjelaskan bahawa kerajaan sedang giat membangunkan serta menguji mekanisme penyaluran subsidi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar apabila diperkenalkan nanti, menurut laporan Bernama.

“Antara usaha yang dijalankan termasuk penambahbaikan data daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM),” jelas kementerian itu.

Kerajaan kini menumpukan kepada pendekatan yang lebih menyeluruh agar subsidi RON95 benar-benar sampai kepada golongan sasaran.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan (Pakatan Harapan), yang meminta kemas kini pelaksanaan subsidi bersasar, termasuk fasa awal (front-end) dan sistem sokongan (back-end) seperti diumumkan oleh Kementerian Ekonomi sebelum ini.

Menurut MoF lagi, apabila sistem subsidi bersasar ini mula dilaksanakan, rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga RON95 pada kadar RM1.99 seliter melalui pengesahan menggunakan MyKad. Warga asing dan individu yang tidak layak pula akan membayar harga pasaran tanpa subsidi.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2023 Copyright. All Rights Reserved. NAZZNCO (M) SDN BHD