NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

JPJ Nafi Iklan Lesen Kopi-O Guna Nama Sekolah Memandu Jaya

JPJ Nafi Iklan Lesen Kopi-O Guna Nama Sekolah Memandu Jaya

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kewujudan iklan dalam talian yang mendakwa menawarkan ‘Lesen Kopi-O‘ iaitu lesen memandu tanpa perlu menjalani ujian atau latihan dengan menggunakan nama Sekolah Memandu Jaya.

JPJ menjelaskan, iklan palsu itu turut menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dipercayai sebagai taktik untuk memperdaya orang ramai dan menimbulkan kepercayaan palsu terhadap tawaran tersebut.

“Iklan dan akaun terlibat adalah tidak sah. Tiada saluran rasmi yang menawarkan lesen memandu tanpa melalui proses latihan dan ujian yang sah,” tegas JPJ menurut laporan Astro Awani.

JPJ turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan seperti ini bagi mengelakkan kekeliruan atau menjadi mangsa penipuan.

Sebagai langkah keselamatan, orang awam digalakkan untuk merujuk terus kepada JPJ bagi mendapatkan maklumat sah mengenai lesen memandu. Aduan juga boleh dibuat melalui Portal Aduan Rasmi JPJ di pautan https://jpj.spab.gov.my.

JPJ menegaskan komitmen mereka untuk terus membanteras penipuan sebegini demi menjaga integriti sistem pelesenan negara, dan menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati dengan taktik penipuan yang semakin berleluasa.

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy