Proton e.MAS 5 Curi Tumpuan Rakyat di Sambutan Hari Kebangsaan

Proton e.MAS 5 Curi Tumpuan Rakyat di Sambutan Hari Kebangsaan

Malaysia melakar sejarah baharu dalam perjalanan menuju mobiliti hijau apabila Proton e.MAS 5 dipertontonkan buat kali pertama di perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Kemunculannya turut disertai konvoi 12 unit e.MAS 7 yang dipandu pemilik sebenar, menandakan penerimaan EV yang semakin berkembang dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dibalut dengan stiker penyamaran berinspirasi semangat dan kemajuan Malaysia sejak 1957, e.MAS 5 mengetuai perarakan sebagai simbol perpaduan dan kemajuan negara. Dijadualkan dilancarkan pada suku keempat 2025, ia menjadi model kedua di bawah jenama e.MAS selepas pelancarannya pada 2023.

Walaupun e.MAS 5 hadir dalam bentuk hatchback segmen-B, tetapi ruang dalamannya setaraf kereta segmen-C. Ia memastikan keselesaan buat keluarga, rakan atau penumpang dalam setiap perjalanan.

Praktikaliti turut menjadi kelebihan utama dengan 32 ruang simpanan pintar serta frunk 70 liter yang terbesar dalam kelasnya. Sesuai untuk kegunaan harian, membeli-belah, hingga percutian hujung minggu.

Di bandar, saiznya yang kompak dan kawalan lincah memudahkan parkir di ruang sempit serta bergerak lancar di jalan sesak, sementara suspensi yang kukuh memastikan keselesaan di jalan Malaysia yang mencabar.

Dari aspek keselamatan, e.MAS 5 dilengkapi sistem bantuan pemandu canggih yang bertindak sebagai “mata tambahan” bagi pemandu, memberikan ketenangan dan keyakinan di setiap perjalanan.

Kemunculan e.MAS 5 di Dataran Putrajaya berjaya mencuri perhatian orang ramai, yang tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama EV terbaharu Proton ini.

Baru-baru ini, e.MAS 5 telah menyertai jelajah e.MAS Tour MISI 5, memberi peluang komuniti di seluruh Malaysia melihat lebih dekat model EV baharu ini sebelum pelancaran rasminya. Penampilan sulungnya di perarakan Hari Kebangsaan menjadi detik bersejarah, apabila Proton sekali lagi tampil sebagai jenama kebanggaan negara.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD