Sebuah kereta Toyota Camry milik seorang warga emas dilaporkan hilang selepas didakwa diserahkan kepada individu tidak dikenali di sebuah pusat cuci kereta, semalam.
Menantu mangsa, Muhammad Sharuddin Mat Masrol, 30, berkata dia menghantar kereta tersebut ke pusat cuci sebelum keluar membeli-belah bersama isterinya di Pandan.
“Tidak sampai 30 minit, saya kembali tetapi pekerja memaklumkan kunci sudah diberikan kepada seorang lelaki yang mengaku sebagai rakan saya. Mereka mengakui tersilap kerana ketika itu terlalu ramai pelanggan,” katanya.
Menurutnya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
“Kereta itu baru keluar dari bengkel selepas dibaiki. Malangnya pusat cuci tersebut juga tidak ada CCTV. Kami mohon orang ramai yang ada maklumat hubungi 019-8283770,” jelasnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan kenderaan itu.
Sumber: Berita Harian
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?