TANAH MERAH – Tindakan seorang lelaki memecut kenderaan bagi mengelak daripada ditahan polis membawa padah apabila Hyundai Santa Fe yang dipandunya bersama sembilan migran warga Myanmar terbabas di Kampung Alor Pasir, kelmarin.
Kejadian berlaku selepas kenderaan terbabit menimbulkan kecurigaan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang menjalankan rondaan di sekitar Kampung Repek, Pasir Mas kira-kira jam 9.30 malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, pemandu kenderaan berkenaan bertindak memecut sebaik menyedari kehadiran anggota polis sebelum melarikan diri ke arah Kampung Alor Pasir.
Bagaimanapun, cubaan tersebut gagal apabila kenderaan dipandunya hilang kawalan lalu terbabas berhampiran sebuah rumah di tepi jalan di kampung berkenaan.
Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 34 tahun yang membawa sembilan migran warga Myanmar, terdiri daripada empat wanita dan lima lelaki berusia antara 18 hingga 47 tahun.
Kesemua migran berkenaan berada di bahagian penumpang dan didapati gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dilakukan.
Lebih mengejutkan, semakan polis mendapati pemandu terbabit mempunyai sembilan rekod lampau berkaitan kes narkotik serta tiga rekod lampau membabitkan kes jenayah.
Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas sebuah Hyundai Santa Fe, satu telefon bimbit dan satu unit kunci kereta.
Semua individu yang ditahan bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Sumber: Harian Metro
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?