NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive,
Travel & Lifestyle Media Powerhouse

Taktik Curi Kabel Guna Jaguar Kantoi, Suspek Dicekup Lepas Kemalangan

Taktik Curi Kabel Guna Jaguar Kantoi, Suspek Dicekup Lepas Kemalangan

Cubaan dua lelaki menggunakan kereta mewah jenis Jaguar untuk mencuri kabel telekomunikasi tidak kesampaian apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pekan Junjung, semalam.

Dalam insiden sekitar jam 9.30 pagi itu, polis yang mengejar kereta berkenaan menyaksikan ia bertembung dengan sebuah motosikal. Kedua-dua suspek cuba melarikan diri, namun seorang daripadanya berusia 36 tahun berjaya diberkas di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan berkata, pemeriksaan lanjut menemui satu peket plastik berisi serbuk kristal dipercayai dadah jenis syabu serta peralatan digunakan untuk mencuri kabel.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku datang bersama rakannya ke kawasan Junjung untuk mencuri kabel. Kereta mewah itu pula menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai kenderaan curi,” katanya.

Beliau menambah, penahanan suspek dibuat susulan laporan sebuah syarikat telekomunikasi pada 20 Ogos lalu selepas pelanggan mereka mengalami gangguan talian di kawasan Kulim Hi-Tech. Hasil pemeriksaan syarikat, terdapat kesan kabel yang dipotong sebelum laporan polis dibuat.

Semakan mendapati suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau selain positif dadah jenis methamphetamine. Dia kini direman empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan. – Kosmo!

Melissa Alias

Melissa Alias merupakan antara pelopor terawal meja editorial NAZZ&CO™ Media. Dengan kepakaran meluas dalam kewartawanan automotif, beliau telah mengendalikan ratusan liputan eksklusif pelancaran model baharu, analisis insiden jalan raya, dan laporan siaran media rasmi yang membentuk asas kukuh kewartawanan digital portal ini.
    2.7 Million+ Followers & Readers
    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD
    Privacy Policy Cookie Policy