Selepas melancarkan model utama EX90 dan XC90 pada April lalu, Volvo Car Malaysia kini memperkenalkan XC60 Facelift, dengan rekaan yang lebih segar, sistem suspensi udara Volvo, serta teknologi pintar terkini.
Sejak diperkenalkan, XC60 telah terjual hampir 2.7 juta unit di seluruh dunia dan lebih 6,200 unit di Malaysia, menjadikannya antara SUV pilihan keluarga tempatan kerana reputasinya dalam keselesaan, kualiti dan keyakinan pemanduan.
Model XC60 Facelift bakal ditawarkan dalam dua varian iaitu:
XC60 T8 AWD Plug-in Hybrid – harga anggaran bermula dari RM367,888
XC60 B5 AWD Mild Hybrid – harga anggaran bermula dari RM333,888
Varian T8 mampu bergerak sehingga 89 km secara elektrik penuh (WLTP), sesuai untuk perjalanan harian tanpa emisi, tetapi tetap bertenaga dengan lebih 450 Nm tork daripada enjin petrol untuk perjalanan jauh. Sementara itu, varian B5 menawarkan hibrid ringan dengan sistem pemulihan tenaga brek untuk menjimatkan penggunaan bahan api tanpa perlu pengecasan.
Dari luar, XC60 hadir dengan gril mesh baharu, lampu LED ikonik ‘Thor Hammer’, lampu belakang gelap serta pilihan warna baharu seperti Forest Lake dan Bright Dusk.

Bahagian dalamannya menekankan keselesaan Scandinavian dengan kerusi yang selesa, sistem suspensi udara (eksklusif untuk T8 dalam tempoh terhad), ruang simpanan lebih praktikal dan pengecas tanpa wayar yang telah diposisikan semula.
Kabinnya juga dilengkapi teknologi penulenan udara yang menapis sehingga 95% partikel berbahaya, memastikan persekitaran pemanduan lebih sihat.

Selain itu, ada juga paparan terapung 11.2 inci dengan sistem built-in Google seperti Google Maps, Google Assistant, Spotify dan Waze. Untuk pengalaman audio premium, tersedia pilihan sistem bunyi Bowers & Wilkins.

Dari segi keselamatan, XC60 didatangkan dengan teknologi terkini seperti Adaptive Cruise Control, Lane Keeping Assist, Collision Avoidance serta struktur rangka keselamatan Volvo yang sudah sinonim dengan standard perlindungan bertaraf dunia.
Dengan gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar, keselesaan mewah dan keselamatan unggul, XC60 versi dipertingkat ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV premium elektrik sederhana paling seimbang dalam barisan Volvo.
Tempahan telah pun dibuka. Maklumat lanjut mengenai XC60 boleh didapati di laman rasmi Volvo Car Malaysia atau melalui media sosial rasmi mereka.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?