Kalau sebut pasal “negeri paling kaya”, jangan salah faham dulu. Bukan rakyat negeri tu semua jadi jutawan, tapi ini ikut pendapatan negeri masing-masing. Jom tengok siapa dalam carta:
5 – Sarawak
Tak sangka kan? Negeri paling besar dalam Malaysia ni memang kaya dengan sumber asli macam minyak, gas, balak, hutan, semua ada. Patutlah masuk senarai.
4 – Selangor
Tak pelik pun. Sebab dekat dengan Kuala Lumpur, hampir semua industri besar mesti ada “cawangan” dekat sini. Jadi tempias pembangunan tu memang terus rasa kat Selangor.
3 – Pulau Pinang
Walaupun kecik, tapi ekonomi dia padat! Ramai kata Penang ni macam “mini KL”. Pembangunan rancak, industri teknologi pun kuat. Memang patut tempatkan dia tinggi dalam ranking.
2 – Labuan
Wilayah Persekutuan yang kecil tapi power. Lokasi strategik dekat dengan Brunei & Sarawak jadikan Labuan pusat ekonomi penting. Kecil-kecil cili padi beb.
1 – Kuala Lumpur
Tak perlu dipertikaikan lagi. Pusat segala pusat. Dari kewangan, industri, sampai hiburan. Memang KL pegang takhta sebagai negeri (Wilayah Persekutuan) paling kaya di Malaysia.
Kalau negeri anda ada dalam list ni, boleh lah bangga sikit. Hehe. Tapi kalau tak ada pun, relax je… yang penting rezeki kita masing-masing usaha sendiri.
Sumber: NAZZ & CO MEDIA
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?