NAZZ&CO Media

Malaysia's Automotive, Travel & Lifestyle Media Powerhouse

BYD SEAL 6 EV Telah Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM 100,000-115,800

BYD SEAL 6 EV Telah Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula Daripada RM 100,000-115,800

Malaysia sekali lagi jadi medan debut global bila BYD Sime Motors perkenalkan BYD SEAL 6 EV, sedan elektrik segmen-C serba baharu. Ya, model ini bukan setakat masuk pasaran tempatan, tapi buat kemunculan antarabangsa pertamanya terus di Malaysia bukti jelas betapa seriusnya BYD terhadap pasaran kita.

Kehadiran SEAL 6 EV bukan sekadar tambah lagi satu model dalam barisan BYD, tapi ia juga menandakan komitmen serius BYD terhadap pasaran Malaysia – sekali gus menetapkan penanda aras baharu untuk sedan elektrik segmen-C.

“Precision. Passion. Aligned.”

BYD SEAL 6 EV hadir dengan tagline rasmi di Malaysia: Precision. Passion. Aligned.

  • Precision – buat kali pertama, BYD memperkenalkan sistem suspensi baharu: Dual Ball-joint MacPherson Strut dipadankan dengan rear multi-link, bersama pacuan roda belakang (RWD) untuk kawalan lebih seimbang dan yakin.

  • Passion – reka bentuk kabin senyap, premium dan ergonomik menjanjikan keselesaan serta keseronokan memandu.

  • Aligned – gabungan teknologi dan jiwa pemanduan yang memberikan sambungan emosi antara pemandu dan kereta.

Kata Orang Dalam

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara kata:

“SEAL 6 EV ni benchmark baru untuk EV Malaysia – gabungan rekabentuk menarik, teknologi canggih dan praktikaliti.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia pula yakin:

“Kereta ni bukan sahaja maju, tapi juga mampu milik. Ada jarak jauh, ada teknologi pintar, harga pun kompetitif. Sesuai untuk rakyat Malaysia.”

Ciri-Ciri Utama – “6 Best in Class”

  1. Suspensi baru BYD – pertama kali diperkenalkan.

  2. RWD sporty – unik dalam segmen.

  3. Dimensi terbesar dalam kelas sedan segmen-C.

  4. Pengendalian mantap – jejari pusingan 5.5m, lebih senang nak manuver.

  5. Praktikaliti tinggi – 24 ruang simpanan + 525L ruang kargo.

  6. Prestasi mengancam – 160 kW (214 hp), 330 Nm, 0-100 km/j dalam 7.5 saat, 3 mod pemanduan.

 

Varian, Warna & Harga

Ditawarkan dalam 3 warna: Arctic White, Harbour Grey, Misty Blue, dengan dalaman hitam + kelabu. Harga bermula daripada RM 100,000 sehingga RM 115,800

Tawaran Pelancaran

Untuk 800 pelanggan pertama:

  • Rumah landed: Pengecas dinding percuma (RM3,288) + rebat RM3,000.

  • High-rise: Pakej Sime Platinum 4+ (pengecasan bergerak + cuci kereta + rescue service) bernilai RM5,000 + rebat RM1,000.

  • Percuma: V2L adapter + kabel pengecas Type 2.

Jaminan

  • Kereta: 6 tahun / 150,000 km

  • Unit pacuan: 8 tahun / 160,000 km

  • Bateri Blade: 8 tahun

Rangkaian & Momentum

Sejak masuk Malaysia, BYD dah jual lebih 20,000 unit. Kini ada 37 outlet seluruh negara, sasaran capai 50 outlet menjelang 2026. Maksudnya, nak servis, beli atau cas EV BYD makin senang.

Kesimpulan

Dengan pakej teknologi, saiz paling besar dalam kelas, suspensi baru dan prestasi yang diperbahrui, BYD SEAL 6 EV nampak macam calon kuat nak jadi sedan elektrik mainstream kat Malaysia. Lagi-lagi bila debut global dia pun dibuat di sini jelas Malaysia jadi “home ground” penting untuk BYD.

Soalan dia sekarang adakah SEAL 6 EV ni cukup power untuk cabar sedan ICE segmen-C popular macam Civic atau Corolla? Atau dia akan jadi pilihan baharu buat rakyat Malaysia yang nak rasa premium tapi dalam bentuk EV? Masa je yang akan jawab.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD