OMODA | JAECOO Malaysia meraikan satu pencapaian besar apabila berjaya menyerahkan kenderaan ke-20,000 hanya dalam tempoh 14 bulan sejak jenama ini dilancarkan di pasaran tempatan pada Julai 2024.
Kejayaan ini bukan sekadar angka, ia mencerminkan kepercayaan tinggi pelanggan Malaysia terhadap jenama di bawah Kumpulan Chery, serta kekuatan strategi global syarikat itu yang memberi tumpuan kepada inovasi, reka bentuk premium dan pengalaman pelanggan bertaraf dunia.
“Mencapai 20,000 pendaftaran dalam masa setahun lebih adalah detik yang membanggakan buat kami. Ia menggambarkan keyakinan pengguna terhadap produk kami yang menggabungkan teknologi moden, keselesaan dan keselamatan,” kata Pemangku Pengarah Jualan OMODA | JAECOO Malaysia, Clement Yeo.
Beliau menambah, dengan sokongan daripada rangkaian pengedar di seluruh negara, OMODA | JAECOO terus komited memperkenalkan model baharu yang dilengkapi teknologi seperti Super Hybrid System untuk menawarkan pemanduan lebih efisien dan menyeronokkan.
Bagi meraikan detik bersejarah ini, satu majlis khas bertemakan “20,000 and Beyond: A Celebration of Trust” telah diadakan di Blossom Glass Mansion, Kuala Lumpur, dihadiri lebih 100 tetamu termasuk pemilik kenderaan dan wakil media.

Acara itu turut menyaksikan penyerahan rasmi JAECOO J7 PHEV kepada pemilik ke-20,000, Khirdzir Ali, yang berkongsi rasa bangga menjadi sebahagian daripada komuniti OMODA | JAECOO. Selain penyerahan kenderaan, acara ini turut menampilkan pelbagai aktiviti mesra keluarga serta cabutan bertuah.
Sempena kejayaan ini, OMODA | JAECOO Malaysia turut melanjutkan tawaran pemilikan eksklusif iaitu servis percuma 7 tahun atau ganjaran bernilai RM5,000 untuk setiap pembelian JAECOO J7 PHEV baharu sehingga 31 Disember 2025.
Pelanggan juga boleh menikmati pelan pembiayaan menarik bagi model J7 2WD, J7 AWD, C9 2WD dan C9 AWD di semua pengedar sah bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2025.
Acara tersebut turut memperkenalkan model JAECOO J5, yang dijangka dilancarkan tidak lama lagi, sekali gus memperkukuh barisan SUV premium mereka di pasaran tempatan.
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?