Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas van Perodua Rusa yang dipandunya terbabas dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 229.8 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, berhampiran Ayer Tawar, Sitiawan, malam semalam.
Menurut Pemangku Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.40 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar bergegas ke lokasi kejadian.
Pasukan bomba mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Kerja menyelamat dilakukan menggunakan peralatan khas termasuk “power unit cutter“ dan “hydraulic ram“ bagi membantu mengeluarkan mangsa.
Mayat kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh