Kecoh seketika di sebuah universiti swasta di Jalan Raja Permaisuri Bainun, Ipoh apabila sebuah Perodua Myvi dipandu pelajar perempuan berusia 19 tahun terbabas masuk ke dalam kafe petang Selasa.
Kejadian sekitar 3.37 petang itu berlaku bila pelajar terbabit tersilap menekan pedal minyak semasa cuba alihkan kereta ke parkir lain, menyebabkan kenderaan terus meluncur ke depan dan merempuh cermin kaca kafe.
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, pelajar berkenaan telah diambil keterangan dan dikenakan saman di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan.
Difahamkan, kerugian dianggarkan sekitar RM7,500 akibat kerosakan cermin, manakala kereta berkenaan turut rosak di bahagian hadapan.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
5 Kereta Yang Ramai Menyesal Beli Di Malaysia (Menurut Pengalaman Pemilik)
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?