passionately driven

Budi95 Diperluas: 31,000 Rakyat Baharu Kini Terima Manfaat

Budi95 Diperluas: 31,000 Rakyat Baharu Kini Terima Manfaat

Lebih 31,000 rakyat Malaysia kini tersenarai sebagai penerima baharu subsidi bersasar Budi Madani RON95 (Budi95) selepas kerajaan meluaskan kelayakan kepada tiga kumpulan utama.

Antaranya termasuk 17,900 nelayan berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), lebih 4,300 pemilik bot persendirian berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, serta 9,700 pemegang lesen memandu baharu direkodkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, semua individu terbabit kini menikmati harga subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter, berbanding RM2.60 seliter tanpa subsidi.

Menurut MOF, pihaknya juga sedang meneliti data tambahan bagi pengguna bot tanpa lesen di Sabah dan Sarawak untuk turut diserap dalam sistem subsidi ini.

Dalam masa sama, perbincangan antara APAD dan syarikat e-hailing sedang diselaraskan bagi menambah siling kelayakan melebihi 300 liter sebulan kepada pemandu e-hailing sepenuh masa supaya pendapatan mereka tidak terjejas.

MOF menegaskan, kerajaan kekal komited memastikan subsidi bersasar ini berjalan dengan telus, lancar dan terus memberi manfaat kepada rakyat melalui pemantauan serta penambahbaikan berterusan.

Sumber: KOSMO!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD