Seorang mekanik berusia 31 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Jalan Kulim, Mahang, Kedah, berhampiran Klinik Kesihatan Karangan, tengah malam Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, kemalangan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam ketika mangsa menunggang Yamaha 135LC SE seorang diri dari arah Mahang menuju ke Taman Tunku Putra.
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa hilang kawalan ketika melalui jalan berselekoh sebelum melanggar seekor kerbau yang berada di atas jalan. Impak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Pegawai perubatan Hospital Kulim mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
Ramai Menyesal Beli SUV , Tapi Malu Nak Mengaku. Ini 6 Sebab Diorang Menyesal
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
5 Kereta Bawah RM100k Yang Paling Sedap Dibawa “Road Trip” Jauh