Enam Kenderaan Rosak Dihempap Runtuhan Batu Di Ampang

Enam Kenderaan Rosak Dihempap Runtuhan Batu Di Ampang

Enam kenderaan milik penduduk di Taman Bukit Permai mengalami kerosakan selepas dihempap runtuhan batu berhampiran kawasan parkir Pangsapuri Mutiara Court, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 10.45 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati runtuhan berpunca daripada cerun bukit berhampiran kawasan parkir. Insiden pertama dikesan berlaku sekitar jam 8.15 pagi, diikuti satu lagi runtuhan pada 8.50 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lima daripada enam kenderaan yang terjejas berjaya dikeluarkan, manakala sebuah kereta jenis Perodua Kancil mengalami kerosakan teruk selepas dihempap batu besar.

Tambah beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah turut dikerahkan bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan di lokasi.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menggunakan jentera berat bagi mengalihkan batu yang menghalang kawasan parkir.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang pergerakan tanah atau aktiviti yang berisiko di kawasan cerun,”

Sumber: KOSMO

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD