Seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas ahli keluarganya menjadi mangsa penyeluk saku di kawasan tumpuan pelancong Bukit Bintang hingga mengalami kerugian lebih RM10,000, malam tadi.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok @fifiemarzuki9, kejadian dikatakan berlaku ketika mereka melintas jalan di lampu isyarat apabila suspek mengambil kesempatan di tengah kesesakan orang ramai.
“Jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM8,200 termasuk wang tunai RM3,200 serta dua keping dinar syiling yang disimpan dalam beg sandang. Mohon orang ramai sebarkan maklumat ini dan laporkan kepada Balai Polis Dang Wangi sekiranya mengenali individu terbabit,” tulisnya.
Video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik itu menarik perhatian ramai dengan lebih 50,000 tanda suka dan hampir 35,000 perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna bersimpati serta berharap suspek segera ditangkap.
“Daripada gaya dia, nampak macam memang dah biasa buat kerja tu, siap berpasukan lagi. Harap polis cepat ambil tindakan sebab bukti pun dah jelas,” kata pengguna bernama Ku Zahri.
“Lelaki tu memang selalu nampak di kawasan Bukit Bintang,” kongsi @Tuan_azriey93 pula.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Hanna, menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan mengelak daripada menggunakan beg sandang belakang ketika berada di kawasan sesak.
Sumber: KOSMO
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?