passionately driven

Kes Kemalangan Maut Akibat Mabuk Kini Turun Drastik, Kurang dari 0.5% – Loke

Kes Kemalangan Maut Akibat Mabuk Kini Turun Drastik, Kurang dari 0.5% – Loke

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, memaklumkan bahawa hanya kurang daripada 0.5% kemalangan maut di Malaysia berpunca daripada pemandu di bawah pengaruh alkohol.

Data yang dikongsikan menunjukkan trend penurunan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2022, sebanyak 14 kes kemalangan maut direkodkan akibat pemandu mabuk — bersamaan 0.23% daripada keseluruhan 6,080 kes maut.

Angka itu terus menurun kepada 13 kes (0.2%) pada tahun 2023, dan 12 kes (0.19%) pada tahun 2024 daripada jumlah keseluruhan 6,464 kes maut.

Bagi tahun 2025 pula, hanya dua kes dilaporkan setakat Jun, bersamaan 0.06% daripada 3,087 kes maut yang direkodkan.

Penurunan ini menunjukkan kesedaran dan penguatkuasaan yang semakin berkesan, terutama selepas pelaksanaan undang-undang lebih ketat terhadap pemandu mabuk sejak beberapa tahun lalu.

Anthony Loke turut menegaskan bahawa walaupun jumlahnya kecil, setiap nyawa yang terkorban tetap satu kehilangan besar, dan usaha membanteras pemanduan di bawah pengaruh alkohol akan diteruskan tanpa kompromi. – Oh! Media

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD