passionately driven

Pasport Malaysia Kini Ketiga Terkuat di Dunia, Bebas Visa ke 174 Negara

Pasport Malaysia Kini Ketiga Terkuat di Dunia, Bebas Visa ke 174 Negara

Pasport Malaysia sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menduduki tangga ketiga dunia dalam senarai Ranking Pasport Index 2025, membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia.

Menurut hantaran di laman Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pencapaian ini selaras dengan usaha berterusan kerajaan untuk memperkukuh imej negara di peringkat antarabangsa dan memudahkan urusan keluar masuk rakyat Malaysia ke luar negara.

“Pencapaian ini membuktikan tahap kepercayaan dan pengiktirafan global terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia, sekaligus menegaskan keyakinan dunia terhadap sistem imigresen kita,” jelas kenyataan itu.

Malaysia turut mengatasi beberapa negara jiran di Asia Tenggara, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai antara pasport paling berkuasa di rantau ini.

Dengan kelebihan ini, rakyat Malaysia kini boleh menikmati perjalanan tanpa visa ke destinasi pelancongan dan perniagaan popular seperti Jepun, Korea Selatan, negara-negara Eropah serta banyak lagi destinasi antarabangsa utama.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD