15,575 Unit Berjaya Dijual Proton pada Oktober 2025 – Pencapaian Terbaik 2025!

15,575 Unit Berjaya Dijual Proton pada Oktober 2025 – Pencapaian Terbaik 2025!

Prestasi jualan bulan Oktober telah diumumkan oleh Proton dengan penjualannya mencapai 15,575 unit kenderaan (domestik & eksport) dan masih berjaya mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua bagi jualan kenderaan di Malaysia.

Data jualan menunjukkan peningkatan berbanding dengan jumlah jualan pada September iaitu sebanyak 13,395 unit. Jualan keseluruhan bagi sepuluh bulan pertama tahun ini telah merekodkan sebanyak 129,872 unit berjaya dijual oleh Proton. Dengan angka ini, Proton menjangkakan pegangan pasaran mereka kini berada pada sekitar 32.3%.

Sebelum Proton Saga menutup tirai dengan kehadiran Saga Baharu 2026, ia masih lagi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai model paling laris di dalam Proton dengan jumlah jualannya pada Oktober mencapai 8,373 unit. Jumlah jualan YTD bagi model ini kini mencapai 59,107 unit.

Proton X50 Serba Baharu juga berjaya mengakhiri Oktober dengan jumlah jualan sebanyak 2,693 unit sejak model baharu ini dilancarkan pada 24 Julai yang lalu. Jumlah jualan YTD bagi model ini mencecah 23,847 unit, iaitu peningkatan 24.7% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Proton S70 juga menunjukkan prestasi yang hebat dan mengagumkan di mana sebanyak 1,402 unit berjaya dijual pada Oktober. Ini menjadikan jumlah kumulatif tahunannya mencapai 14,341 unit dan sekaligus mengungguli dalam model sedan segmen-C.

nazznco-article-cover-proton-s70

Ia seterusnya disambung oleh Proton Persona dengan jumlah jualannya sebanyak 1,215 unitProton X70 sebanyak 680 unit dan Proton X90 sebanyak 209 unit pada Oktober 2025.

Oktober turut menyaksikan pelancaran rasmi model Proton e.MAS 5 dan Proton e.MAS7 terus menjadi peneraju berbanding semua model EV lain dengan sebanyak 758 unit terjual pada bulan Oktober. Jumlah jualan YTD bagi model ini kini mencecah 7,413 unit.

“Proton turut berterima kasih atas sambutan hangat yang diberikan oleh para pelanggan terhadap model Proton Saga yang akan ditamatkan pengeluarannya. Kami juga menghargai minat tinggi terhadap model baharu yang bakal dilancarkan dan tidak sabar menantikan penghantaran pertama Proton e.MAS 5,” kata Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Dengan ketibaan Proton Saga Baharu tak lama lagi, syarikat bersedia untuk melonjakkan lagi jualan pada tahun 2026.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD