passionately driven

Lori Kontena Terbakar, Pemandu Rentung Di Tempat Kejadian

Lori Kontena Terbakar, Pemandu Rentung Di Tempat Kejadian

Sebuah lori kontena membawa muatan sayur musnah dalam kebakaran di KM254 Lebuhraya Utara-Selatan arah utaraawal pagi tadi, mengakibatkan seorang mangsa ditemukan rentung di tempat duduk penumpang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima sekitar 3.16 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba Seremban 2 bergegas ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian, kepala lori dilaporkan terbakar hampir 90 peratus, manakala bahagian treler mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus.

Ketua Operasi, PBK I Cik Burhan Hamid berkata, selepas api berjaya dipadam sepenuhnya, pihaknya menemui seorang mangsa di bahagian tempat duduk penumpang.

Mangsa dikenali sebagai Gunaselan, dan identiti disahkan melalui maklumat yang diberikan oleh rakan mangsa.

Punca kebakaran masih dalam siasatan dan lokasi sebenar api bermula belum dapat dipastikan.

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD