Treler Muatan Metal Oxide Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Lebuh Raya ELITE

Treler Muatan Metal Oxide Hampir Musnah Dalam Kebakaran Di Lebuh Raya ELITE

Sebuah treler membawa muatan metal oxide dipercayai aluminium atau zinc oxide hampir musnah 80 peratus selepas terbakar di KM28 Lebuh Raya ELITE menghala ke KLIA malam Sabtu. Tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam dan tiba di lokasi pada 9.43 malam, menempuh jarak 20 kilometer.

Pasukan dari BBP Cyberjaya dan Shah Alam (Hazmat) turut dikerah bagi membantu pemadaman dan keselamatan kerana kebakaran melibatkan bahan mudah terbakar. Komander Operasi, PBK II Mohd Shahrulizuna Hussin, memaklumkan kebakaran berlaku pada bahagian treler lori berkenaan.

Dalam perkembangan terkini, kebakaran telah dipadamkan sepenuhnya dan operasi kini beralih kepada pengalihan treler. Kaedah menolak treler ke cerun setinggi kira-kira lima kaki beralaskan rumput digunakan kerana penggunaan backhoe berisiko mencetuskan api semula akibat sentuhan logam.

Seramai 23 anggota JBPM dengan beberapa aset termasuk LFRT, FRT, Water Tanker dan jentera Hazmat terlibat dalam operasi yang diteruskan sehingga selesai sepenuhnya.

Sumber: MalaysiaGazette

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2026 NAZZNCO (M) SDN BHD