Seorang lelaki ditahan selepas didapati menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Batu 13, Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, operasi bermula pukul 11.30 malam itu melibatkan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Subang Jaya serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Selangor.
“Lelaki itu ditahan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol. Selain itu, empat penunggang lain turut ditahan di bawah Seksyen 42 akta sama kerana menunggang secara melulu dan berbahaya. Sebanyak 14 motosikal juga disita kerana ubah suai dan tiada lesen memandu sah,” katanya.
Wan Azlan menambah, seramai 120 individu dan 115 motosikal diperiksa, manakala 56 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi. Polis Subang Jaya menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau anak-anak bagi mengelak mereka terlibat dalam lumba haram yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Sumber: KOSMO!
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?