JAWI Siasat Brek Cakera Motosikal Berlogo Lucah Selepas Video Tular

JAWI Siasat Brek Cakera Motosikal Berlogo Lucah Selepas Video Tular

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular yang memaparkan penggunaan brek cakera motosikal dengan lambang berunsur lucah.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan berkata, isu itu melibatkan pengeluaran produk yang dianggap tidak sopan dan tidak selari dengan nilai masyarakat Malaysia. Namun, lokasi pembuatan produk tersebut belum dapat dipastikan.

“JAWI akan menjalankan siasatan lanjut dan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Kami juga menasihatkan pengeluar serta pengguna supaya tidak menggunakan simbol atau imej lucah pada mana-mana produk,” katanya.

Tambahnya, JAWI mengesan isu ini selepas video dimuat naik pengguna media sosial, Shinji Nagato, yang meluahkan rasa kesal terhadap penghasilan serta penggunaan komponen motosikal berlogo lucah dan meminta tindakan segera diambil. – Kosmo!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Pilih Jenama Kereta

    © 2025 NAZZNCO (M) SDN BHD