Ramai rakyat Malaysia mungkin tak pernah fikir panjang bila nak melancong — beli tiket, packing, jalan. Tapi bagi pemegang pasport dari negara tertentu, setiap perjalanan adalah satu misi penuh tekanan, kos tinggi dan masa yang terbuang.
Sedangkan kita di Malaysia sebenarnya sangat bertuah. Dalam kemas kini Passport Index 2025, pasport kita kini berada di tangga ke-3 dunia, antara yang paling berkuasa untuk bergerak bebas.
Tapi apa jadi bila pasport kau berada di bahagian bawah senarai? CNBC menemubual beberapa individu… dan kisah mereka memang buat kita sedar betapa ‘heaven’-nya hidup dengan pasport Malaysia.
![]()
Alex tinggal di salah satu hab perjalanan utama Asia, Singapura. Ironinya, dia sendiri sukar menikmati kemudahan itu.
Setiap kali merancang untuk keluar negara, Alex perlu lalui proses visa yang panjang, rumit dan mahal. Untuk trip 6 hari ke Itali saja, dia terpaksa bayar antara USD600 – USD700 hanya untuk kos visa dan dokumen.
Lebih menyakitkan, dia pernah terpaksa tunggu hampir enam minggu tanpa pasport akibat permohonan visa Schengen dan UK.
Kalau diberi peluang tukar pasport, katanya dia akan terima “tanpa fikir dua kali.”
Pasport Afrika Selatan kini berada di kedudukan ke-51 dalam Henley Passport Index, jauh daripada zon ‘kuat’ yang dinikmati negara lain.
Lily pula berkongsi pengalaman diperlakukan seolah-olah penjenayah ketika memohon visa.
Pegawai konsulat pernah menyoalnya dengan nada sinis, bertanyakan sama ada dia berniat untuk ‘overstay’. Ada juga negara yang memerlukan dia menyerahkan rekod jenayah atau bukti tiada rekod jenayah, semata-mata untuk bercuti.
Alex menyampuk, berkata dia sendiri tak faham bagaimana pemegang pasport ‘lemah’ perlu melalui soal siasat, temuduga dan dokumen bertimbun, sedangkan orang dari negara lain boleh melintas imigresen dengan hanya senyuman.
Semua ini terjadi bukan kerana individu itu mencurigakan, tetapi semata-mata kerana kuasa pasport negara mereka.

Usahawan berpasport India, Pantha Roy, mendedahkan bagaimana dia terpaksa merancang setiap perjalanan seperti operasi ketenteraan.
Ketika ‘backpacking’ di Amerika Selatan, beberapa negara menuntut maklumat terperinci, termasuk titik masuk dan cara pengangkutan yang akan digunakan. Ini memadam terus elemen spontan dalam perjalanan.
Di Eropah pula, rakan-rakannya boleh tempah tiket seminggu sebelum berlepas. Dia? Perlu tiga bulan awal hanya untuk dapatkan temujanji visa.
Akhirnya, Roy mengaku dia lebih rela pilih destinasi lain daripada terus “berperang” dengan birokrasi visa Eropah.
Kisah Alex, Lily dan Roy membuka mata betapa besarnya jurang antara pemegang pasport kuat dan lemah.
Untuk kita di Malaysia, kemudahan keluar masuk negara lain tanpa visa itu bukan perkara kecil. Ia adalah nikmat yang ramai di luar sana hanya mampu idamkan.
Pasport kita bukan sekadar dokumen merah.
Ia adalah kebebasan yang sebenar.
Sumber: VOCKET
Puspakom Tiada Lagi Hak Eksklusif Menjalankan Pemeriksaan Bermula 1 September Ini – Anthony Loke
JPJ Umum Panggilan Semula Bagi 3 Jenama Kereta: Kia, Volkswagen, Toyota
PROTON X80, SUV Sport Pertama dari Proton?
Pencabar Baharu Tesla, Xiaomi SU7 Menerima Tempahan Sebanyak 88,898 Unit Selepas 24 Jam Dilancarkan
Tiada Lagi Pinjaman Penuh untuk Beli Kereta?